Blog Inggeris aku

Dec 8, 2011

Aku kuning, you are blue and dorang adalah merah.

Untuk negara seperti Malaysia, kita perlu sentiasa belajar untuk memahami cara hidup dan kepercayaan masing-masing untuk mengelakkan peristiwa hitam yang tak diingini. Sungguh mudah untuk kita terikut-ikut emosi dikala dikelilingi orang kita sendiri tetapi siapa kita sebenarnya, akan bersinar apabila kita dikelilingi pelbagai manusia yang berbeza warna kulit, kepercayaan dan adat resam.


Nak melaung-laungkan "glocal" ? Sejujurnya aku cakap, masih jauh lagi. Orang kita asyik bercakap tentang globalisasi, tetapi apabila globalisasi mengetuk pintu hati korang, korang bersedia tak untuk menjemput encik globalisasi untuk masuk ke rumah korang?

Cukup mudah untuk berkata-kata, tetapi cukup sukar untuk melaksanakan apa yang dilaung-laungkan. Post aku kali ini untuk mengajak rakan-rakan untuk berfikir. Ada kala kita serius, dan ada kalanya kita boleh berjenaka.

0 comments: