Blog Inggeris aku

Jun 4, 2011

Kebebasan bersuara dan had penulisan blog (Penting)





Apa itu kebebasan bersuara? Adakah pemahaman kita tentang kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk tulis apa yang kita rasa dan aku rase, aku pikir ?
Adakah kebebasan bersuara adalah fleksibiliti kita di dunia maya untuk menyebarkan apa-apa maklumat yang belum sahih lagi?

Soalan ni bagi aku subjektif lagi dan terpulang kepada setiap individu masing-masing untuk menilai apa yang boleh ditulis samada analisis,teori ataupun lagi senang, apa engkau fikir.


Fahmi Fadzil

Kenal mamat ni?Nama dia Fahmi Fadzil. Berita tentang mamat ni dah tersebar sampai ke media massa kat luar negara termasuklah negara barat. Apa isu dia? Aku rekomen kan korang untuk google tentang dia lagi melekat kat kepala korang kalau korang sendiri yang cari.Tak nak suap suap...XD Tapi aku boleh providekan link pasal isu mamat ni. Klik sini.

Tapi apa-apa pun, berani post,berani tanggung. Kalau korang konfiden yang korang di pihak yang benar, jangan ragu-ragu dan sediakan bukti, sumber yang kukuh untuk backup cerita korang. Kalau tak cukup syarat, sekali lagi berani post, berani tanggung.


si Fahmi tulis ni kat twitter beliau.


Pasal tu sebelum ni aku postkan yang related dengan isu ni (klik sini).

Perbezaan negara kita dan Amerika (contohnya), kebebasan in terms of penyebaran maklumat di negara sana dan sini berkait rapat dengan kematangan pengguna. Di sebelah sana, berdasarkan pemerhatian aku, mereka sertakan dengan bukti dan sumber yang kukuh. Tahap awareness dorang dengan hak mereka sebagai rakyat, pengguna dan undang-undang pun agak kuat berbanding dengan kita yang masih belum matang.

Kenapa belum matang? Contohnya, kita kena belasah dengan member kat kolej. Sebagai seorang manusia, korang ada hak untuk saman balik yang belasah korang tu. tetapi selalunya, kita blur dan tak tau apa mau buat da. itulah maksud aku.

so, kalau korang nak remain outspoken (boleh, apa tak bolehnya) tapi biar bersuara dengan bukti dan tahap confident yang betul betul yakin.

p.s. ini aku nak korang fikir balik apa yang ditulis ni,

HATE SPEECH IS NOT FREE SPEECH.

2 comments:

Bigdaddyz said...

susah nak cakap...nanti dikatakan pandai sangat la pulak...

Mr.Clive said...

haha
terima kasih bro sebab komen.bagi jer lah pandangan.tak salah pun. :)